Popular Posts

Showing posts with label Top Hacker. Show all posts
Showing posts with label Top Hacker. Show all posts

Adrian Lamo


Lamo mengakui yang beliau menjadi terkenal kerana beliau telah berjaya memecah-masuk ke dalam sistem komputer organisasi besar dan hebat seperti The New York Times dan Microsoft Corporation yang terkenal dikalangan para penggodam sebagai kompeni yang mempunyai tahap sistem kawalan keselamatan rangkaian komputer yang tinggi. Beliau turut dikenali sebagai "homeless hacker," kerana beliau menggunakan internet di Kinko Siber Kafe, rangkaian kedai kopi seperti Starbuck dan juga perpustakaan awam untuk melakukan aktiviti penggodaman beliau. Di dalam sebuah artikel profil, beliau dinyatakan sebagai seorang yang "He Hacks by Day, Squats by Night," Lamo reflects, "I have laptop in Pittsburgh, a change of clothes in D.C. It kind of redefines the term multi-jurisdictional."

Cara Lamo memecah-masuk sesebuah sistem lebih kepada pengujian penetrasi / pemecah-masuk, yang mana sekiranya beliau menjumpai "lubang kebocoran" di dalam system keselamatan computer itu maka beliau akan mengeksploitasi kebocoran tersebut kemudian beliau akan memaklumkan kepada admin computer kompeni yang menjadi mangsa beliau tersebut. Kononnya tindakan beliau itu lebih kepada membantu kompeni tersebut memperbaiki tahap keselamatan rangkaian system computer mereka. Yang menjadi mangsa penangannya termasuklah kompeni-kompeni hebat seperti Yahoo!, Bank of America, Citigroup dan Cingular. Adalah tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang apabila white hat hackers diupah oleh sesebuah kompeni untuk melakukan pengujian penetrasi ke atas system computer mereka, tetapi apa yang dilakukan oleh Lamo adalah bertentangan dengan undang-undang siber kerana tiadanya hitam-putih yang dikeluarkan oleh kompeni yang menjadi mangsa pengujian penetrasinya itu.

Apabila beliau telah berjaya memecah masuk ke dalam system intranet The New York Times, keadaan menjadi serius. Beliau telah sengaja meletakkan dirinya sendiri di dalam satu senarai golongan yang berkepakaran tinggi dan senarai penyumbang terbesar di dalam dunia pengkomputeran. Beliau juga melihat informasi sulit dan peribadi kepunyaan para penyumbang tersebut termasuklah nombor Social Security kepunyaan para penyumbang tersebut. Lamo juga telah menggodam pengkalan data The Times’ LexisNexis untuk melakukan pencarian hal-hal dan informasi yang berprofil tinggi.

Disebabkan oleh aktiviti penggodaman dan kesalahan beliau memecah-masuk system computer kompeni The New York Times, Lamo telah diarahkan untuk membayar ganti rugi lebih kurang USD $65,000 in restitution. Beliau turut dijatuhkan hukuman tahanan rumah selama 6 bulan dan 2 tahun di bawah pemerhatian yang mana ianya telah pun berakhir pada 16 Januari, 2007 yang lalu. Sekarang ini Lamo bekerja sebagai seorang penulis dan penceramah bebas yang disegani. Hasil ceramah dan penulisan beliau mengenai keselamatan system computer seringkali memenangi dan mendapat penganugerahan.

Sumber : Komputer-milikku

Jonathan James


James adalah seorang remaja bawah umur yang pertama di dunia yang ditahan dan dipenjarakan kerana kesalahan menggodam. Umur beliau ketika dihukum penjara adalah 16 tahun. Ketika ditemubual oleh pihak media, beliau mengakui yang beliau menggodam demi kepuasan dan kegembiraan. Apa yang menggembirakan dan memberikan kepuasan kepada beliau ialah dengan melihat setahap mana kemampuan dirinya terhadap aktiviti penggodaman dengan mengeksploitasi pengetahuannya di dalam dunia pengkomputeran dan rangkaian komputer.

Ketika ingin melakukan aktiviti penggodaman, James akan menetapkan sasaran utamanya yang kebiasaannya terdiri dari organisasi yang berprofil tinggi. Beliau telah berjaya memasang perisian backdoor ( sejenis Trojan ) di dalam server DTRA (Defense Threat Reduction Agency ). DTRA merupakan sebuah agensi dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya memantau tahap keselamatan Amerika Syarikat dan negara-negara lain dari sebarang jenis ancaman senjata nuklear, biologi, kimia, konvensional dan senjata rahsia dari seluruh dunia ( musuh ). Backdoor yang diciptanya itu membolehkan beliau melihat, membaca dan menyimpan pelbagai jenis email-email sensitif, kata laluan dan kata nama para pekerja DTRA tersebut.

Selain daripada itu, James juga berjaya memecah-masuk ke dalam rangkaian komputer NASA dengan mencuri sejenis perisian yang bernilai lebih kurang $USD1.7 juta ( RM5.95 juta ). Mengikut jurucakap dari Jabatan Keadilan, "The software supported the International Space Station’s physical environment, including control of the temperature and humidity within the living space." NASA terpaksa menutup rangkaian komputernya dan mengakibatkan kerugian sebanyak USD$ 41,000. James bagaimanapun menjelaskan tujuannya memuatturun perisian tersebut adalah kerana beliau ingin meningkatkan tahap pengetahuannya di dalam pengaturcaraan C ( Sejenis bahasa komputer ), tambahnya lagi "Tetapi kod perisian tersebut sendiri agak teruk, macam tu punya perisian pun mereka katakan bernilai USD$ 1.7 juta? Memang tak padan langsung!"

Dengan kesalahan yang dilakukan oleh James yang juga dikenali sebagai "c0mrade" sekiranya beliau merupakan seorang dewasa, pastinya hukuman yang akan dijatuhkan kepada beliau adalah sekurang-kurangnya penjara selama 10 tahun. Selain dari itu, beliau juga akan di haramkan menggunakan sebarang jenis komputer dan akan dikerahkan menjalani hukuman tahanan di rumah. Bagaimanapun beliau cuma menjalani hukuman penjara selama 6 bulan kerana melanggar parol yang ditetapkan ke atas beliau. Pada hari ini, James telah pun insaf dan berjanji akan menggunakan kepandaiannya untuk kebaikan semata-mata. Beliau berkemungkinan akan memulakan sebuah Syarikat Keselamatan Komputernya sendiri.

Nantikan kemunculan hacker seterusnya.

Sumber : komputer-milikku

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review