Popular Posts

Showing posts with label Introduction. Show all posts
Showing posts with label Introduction. Show all posts

Reunion Kami Mangsa Cyber (KMC)

Salam semua. hari ni post CS bertajuk Reunion KMC. Macam pelik je kan tajuk tu. ok KMC adalah singkatan kepada Kami Mangsa Cyber. Berpandukan tajuk aku rasa korang semua dah tau apa motif nya group ni di tubuhkan. Group tu mempunyai piagam pelanggan yg tersendiri.

Ini adalah piagam pelanggan KMC :

Rilek ye , Sebelum Nak Maki Hamun Tu Baca La Dulu Yeee ..


Kenapa Anda Di Sini ?

Jawapannya : ID Facebook anda telah diceroboh oleh Hacker yang terlatih daripada squad Secret Army dan crew2 lain dan dimasukkan di group ini . Jangan risau kerana hacker2 di sini semuanya baik2 .. Kami cuma mahu ingatkan kepada anda untuk tingkatkan security facebook anda dan jangan salahkan Hacker2 ini jika anda di HACK . Berhati2 Semasa Anda Berada Di Alam Maya ..

Kenapa Anda Yang Menjadi Mangsa ?

Ramai juga yg berkata mcm ni kn . Yang boleh saya katakan , hacker ini menyerang secara rawak dan tiada memasang niat untuk menjatuhkan mana2 pihak . Kebetulan anda yang menjadi mangsanya hihi . Untuk keselamatan selepas ini , tingkatkan Security Facebook anda dengan langkah2 yang telah ditawarkan oleh Pihak Facebook . Cth : " Https "

Jika ID Facebook Anda Diceroboh, Apa Yang Kami Buat ?

Hihihi kami ade protokol kami sendiri dan insyaallah tiada hacker2 dr kami yang melanggar peraturan ini . Peraturan ini telah pun dikuat kuasakan pada 6 ogos 2011 . Ape yang hacker2 ini buat hanyalah menukar pic profile , update post di wall mengakatakn facebook anda security lemah , add kedalam group " Kami Mangsa Cyber " dan menukar paswod . Jangan Nak Maki Hamun Plak Yee

Jika Page Anda Ditawan, Apa Yang Kami Buat ?

Banyak page yang telah ditawan dengan niat yang sebenarnya memberi kesedaran kepada Admin itu sendiri dan juga orang lain untuk meningkatkan security facebook so tak perlu la semua kena hack oleh kami . kan dah jimat masa btul x ?? hihi . Berdasarkan protokol kami , Page akan ditawan sehingga 7 hari . Kelakuan pihak admin dan fans amat bermakna , jika anda maki kami or membuat perkara yang tidak menyenangkan kami , Page anda akan direman 5 hari lagi dan kemungkinan besar akan di delete . Apa yang kami lakukan hanya , Menukar profile picture page , remove semua admin , update post di wall page memaklumkan telah dicerobohi serta memberi peringatan untuk update security facebook .

Procedure menuntut page yg diambil alih. :-)

Nak Seribu Daya , Tak Nak Seribu Dalih . Kepada Owner / Admin Page Yang Ingin Membuat Tuntutan Page , SIla Mailkan Kepada secret.army.team@gmail.com Berserta Butiran Seperti Berikut :

- Link Page .
- Tarikh Di Hack
- Sebab2 Page Ditubuhkan
- Nama FB yg hendak diserahkan kepada owner asal .

p/s : pastikan maklumat adalah betul . page yg memohn akan dipulangkan secepat mungkin berdasarkan pada permohonan . Page yang tiada tuntutan selepas 15 hari akan di delete . kami pun tak hingin nak jadi admin lame2 .. hihi

** Peraturan ini boleh berubah dari semasa ke semasa . Kami tidak keseorangan . Kami bukan hebat mana pun tapi try2 la jugak jadi hebat dan bukan nye nk menunjuk . Kami hanya mahu memberi kesedaran kepada rakyat malaysia untuk tidak menjadi buta it dan tidak di tindas dalam dunia siber ini .. =)

Yang Benar dan Yang Menjalankan Tugas,
Ejoy Crew
B/P : SA Team & Rakan Sekutu Yang Di Iktiraf

:-)

Ini anatara screen shoot yang sempat CS ambil :


Nakal sungguh korang yer.


Ini antara mangsa yang naik hangin. Sabar ya kak.
Ini semua nya cubaan. 


Wow ramai sungguh mangsa korang ye.

Kepada mangsa CS ucapkan takziah. Dan kepada phisher, teruskan usaha anda untuk meningkatkan lagi security pengguna it terutama pengguna Malaysia.

Lastly dari CS 'happy Hacking'

Salam Maal Hijrah



Doa Akhir Tahun

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini kami telah melakukan laranganMu tetapi kami masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu.

Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetap kepada kami. Engkau telah memerintahkan supaya kami bertaubat dari kesalahan itu.

Sesungguhnya, pada hari ini, kami memohon keampunan dariMu, ampunilah kami dan apa yang telah kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka kami memohonnya daripada Engkau.

Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Amin, Ya Rabbil Alamin.

Ps: Dalam kesempatan ini, Semut ucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di dunia ini.

Sama - sama lah kita bermuhasabah diri dan tingkatkan iman dimasa akan datang agar apa yang kita buat diredhai Allah S.W.T. Insya Allah.

Shortcut Keys For Facebook



Sedikit tricks Facebook yang baru. Facebook mengaktifkan function Shortcut Keys. Cuba click pada mana-mana ruangan comment (seolah-olah ingin menaip sesuatu), tekan Shortcut Keys ini :

Alt + M = Create New Message
Alt + ? = Search
Alt + 1 = Home
Alt + 2 = Profile
Alt + 3 = Friend Request
Alt + 4 = Private Message
Alt + 5 = Notifications
Alt + 6 = Account Setings
Alt + 7 = Privacy Settings
Alt + 8 = Facebook Fanpage (Product/Services)
Alt + 9 = Terms
Alt + 0 = Help Center

Sumber : H3x Media

Kepentingan Menyembunyikan Alamat IP

Sebagaimana telah kita lihat, IP Address merupakan rangkaian nombor yang ditugaskan untuk setiap komputer yang mempunyai modem. Alamat IP mengenalpasti siapa anda dan di mana anda tinggal. Ia juga mampu mengesan semua yang anda lakukan di internet. Segala sesuatu yang anda lakukan di Internet dapat ditelusuri melalui IP Address. Jadi, mengapa orang menyembunyikan alamat IP mereka?



Ada berbagai alasan mengapa orang ingin tetap melayari di Internet secara anonymous sama ada menyembunyikan IP atau menukar alamat IP. Ini adalah beberapa sebab di antaranya:
- Untuk melindungi komputer mereka daripada penggodam
- Untuk memiliki keselamatan yang lebih baik ketika membeli secara online.
- Untuk menghentikan pembekal enjin carian daripada mengumpulkan dan mencatat maklumat tentang sejarah internet mereka dan kebiasaan carian.
- Untuk mendapatkan kembali akses ke laman web yang telah disekat, seperti forum, game online, laman video streaming, laman sosial dan lain-lain.

Bagaimana laman dan enjin carian mengesan aktiviti internet melalui IP saya?
Komputer anda mengakses internet melalui modem. modem itu diberikan alamat IP, dan memberitahu setiap laman web tertentu yang dicapai tepat di mana anda berada, siapa anda, dan yang paling penting, apa yang telah anda lakukan di Internet. Sama ada anda memuat turun muzik percuma atau menghantar e-mel kepada teman lama. Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menyembunyikan alamat IP. Dengan cara ini, anda boleh benar-benar yakin bahawa apa yang anda lakukan dalam talian, rahsia anda akan tetap tersembunyi selama anda menginginkannya.

Sumber : H3x Media

Alamat IP

Baiklah mari kita mulakan dgn Bismillah ye.
Setiap komputer yang disambungkan ke internet diberikan sebuah nombor yang dikenali sebagai Internet Protocol atau alamat IP. Alamat IP terdiri daripada siri nombor yang dipisahkan oleh tempoh dan kelihatan seperti ini: 127.0.0.1. Urutan angka ini dapat mengenalpasti komputer anda di internet. Nombor ini biasanya diberikan kepada pembekal perkhidmatan internet berdasarkan kawasan-kawasan. Jadi, alamat IP masing-masing mengenalpasti penghantar atau
penerima maklumat yang dihantar dalam pakej di Internet. Fikirkan IP sebagai alamat e-mel komputer anda. Ia berfungsi dengan cara yang sama seperti alamat rumah atau nombor telefon. Ada banyak penerangan teknikal yang berkaitan dengan alamat IP tetapi jika anda memikirkannya sebagai alamat fizikal
komputer anda, itu jauh lebih mudah difahami. Dengan saiz internet yang besar, alamat IP anda adalah sangat penting. Ini membolehkan komputer lain tahu di mana untuk menghantar data yang anda minta - apakah ia sebuah laman web atau jenis data lain.
 
 
 
 
Ada banyak cara yang berbeza tersedia untuk menyembunyikan dan menukar alamat IP, sehingga anda dapat mempunyai keselamatan yang lebih baik sambil melayari internet atau melakukan perniagaan secara atas talian. Anda boleh menggunakan program khas (perisian) atau pelayan proksi yang menyembunyikan alamat IP asal anda sehingga membuat komputer anda lebih selamat atau menjaga kebiasaan pelayaran internet anda jauh dari mata para pemerhati (penggodam, pencuri identity). Sangat mudah bagi hampir semua orang untuk mengetahui alamat IP anda dan bahkan alamat IP orang lain. Jika anda bimbangkan keselamatan fizikal computer anda mahupun dalamannya, adalah satu tindakan bijak untuk mengambil langkah-langkah menjaga IP 
anda dari ‘diambil’ oleh orang lain.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review