Popular Posts

Kepentingan Menyembunyikan Alamat IP

Sebagaimana telah kita lihat, IP Address merupakan rangkaian nombor yang ditugaskan untuk setiap komputer yang mempunyai modem. Alamat IP mengenalpasti siapa anda dan di mana anda tinggal. Ia juga mampu mengesan semua yang anda lakukan di internet. Segala sesuatu yang anda lakukan di Internet dapat ditelusuri melalui IP Address. Jadi, mengapa orang menyembunyikan alamat IP mereka?



Ada berbagai alasan mengapa orang ingin tetap melayari di Internet secara anonymous sama ada menyembunyikan IP atau menukar alamat IP. Ini adalah beberapa sebab di antaranya:
- Untuk melindungi komputer mereka daripada penggodam
- Untuk memiliki keselamatan yang lebih baik ketika membeli secara online.
- Untuk menghentikan pembekal enjin carian daripada mengumpulkan dan mencatat maklumat tentang sejarah internet mereka dan kebiasaan carian.
- Untuk mendapatkan kembali akses ke laman web yang telah disekat, seperti forum, game online, laman video streaming, laman sosial dan lain-lain.

Bagaimana laman dan enjin carian mengesan aktiviti internet melalui IP saya?
Komputer anda mengakses internet melalui modem. modem itu diberikan alamat IP, dan memberitahu setiap laman web tertentu yang dicapai tepat di mana anda berada, siapa anda, dan yang paling penting, apa yang telah anda lakukan di Internet. Sama ada anda memuat turun muzik percuma atau menghantar e-mel kepada teman lama. Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menyembunyikan alamat IP. Dengan cara ini, anda boleh benar-benar yakin bahawa apa yang anda lakukan dalam talian, rahsia anda akan tetap tersembunyi selama anda menginginkannya.

Sumber : H3x Media

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review