Popular Posts

Mata Wang Baru Malaysia

Siri Mata Wang Baharu Malaysia Yang Bertemakan Keunikan Malaysia



Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.


Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.

Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.


Menurut BNM mata wang kertas baru ini akan mula diedarkan pada pertengahan tahun 2012 manakala wang kertas RM50 sudah mula diedarkan. Bahan substrat polimer digunakan untuk membuat wang kertas RM1 dan RM5 menjadikan ia lasak dan bertahan lama serta tidak mudah lusuh kerana wang kertas ini paling kerap digunakan.


Duit syiling bernilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen tidak terkecuali diberi nafas baru akan mula diedarkan pada Januari 2012.


Hakmilik : cyber-sharing

1 comments:

Rio Ilham Hadi said...

Indonesia kapan tuh di perbarui

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review